Assalammualaikum hai :) masih adakah lagi insan yang datang melawat teratak ku ini?. Keingginan meninggalkan nota-nota memori di sini semakin berkurangan sejak usia melewati masa. Ada kala terpikir juga untuk membuat teratak yang baru. Tapi hanya angan-angan di minda sahaja. Moga insan-insan yang sentiasa melewati nota-nota memori ku ini sihat hendaknya.
Hari ini genap 17 Ramadhan, maka sudah hampir separuh bulan kita berpuasa. Macam mana? cukupkah amalan kita? Bagi aku, terlalu sedikit yang aku lakukan, sampai rasa tidak layak dipanggil amalan.Tapi siapa kita sebagai manusia untuk menilainya. Mungkin yang sedikit itu yang dipandang Allah S.W.T. In Shaa Allah.
Kadang-kadang aku terlalu alpa dengan kehidupan ku sendiri. Ada juga hingga terlupa kenapa aku di sini. Apa matlamat yang aku nak kejar sebenarnya. Bila melihat rakan-rakan yang mengejar cita-cita mereka, aku terkadang terpaku seketika.. Ada cita-cita kah aku? (Jangan disamakan cita-cita dan angan-angan) Kerana saban hari melalui rutin yang sama, semalam yang sama hari ini yang sama.. dan esok.. mungkin sama. Membazirnya?? i feel respect to those who just an ordinary person who works extra ordinary hard to be an extra ordinary person. Rasa hormat sangat-sangat. Selalu aku impikan berada di samping mereka, kerana pasti mereka dapat mempengaruhi ku walau sedikit agar tidak membazir masa yang berlalu.
Tetapi bila meletakkan diri kita di tempat mereka, pasti terdengar pendapat mereka yang mengatakan, mereka bukan berjaya dengan mudahnya, malah mereka lihat kita pula yang telah berjaya. Mereka pula yang mengatakan kita sangat bagus, very hardworking, dan sebagainya. Lihat.. di sini akan terlintas di fikiran, kita sebenarnya tidak kenal diri kita sendiri. Mungkin juga kita kenal, tetapi apa yang ada dalam kehidupan kita kalau tidak dipupuk sepanjang masa, tidak diasah lama-lama akan hilang. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan. Kalau tidak dikongsi tidak dipelajari lama-lama akan lenyap. Kerana itu bila ada kejayaan yang dicapai, bila kita alpa,terlalu bangga berada di atas, dan terus berhenti berusaha, maka hilanglah kejayaan itu akhirnya.
Di sini kita akan nampak betapa pentingnya persekitaran kita. Kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi maka kita turut berbau wangi. Peranan sekeliling amat penting. Kalau kita tidak dapat sokongan, kita cari sokongan. Ya! betul! kita akan rasa lemah bila kita sendiri mencari sokongan ibarat berjuang keseorangan, tapi daripada kita terus hanyut dalam khalayan, mana yang lebih baik?
Buat mereka yang telah memulakan langkah, teruskan langkah, terus istiqamah, sedikit demi sedikt hasilnya kita tak terjangka, buat mereka yang belum mula, mulakan langkah pertama, biar kita gagal setelah mencuba daripada gagal tidak mencuba. buat mereka yang tiada kesedaran, bangkitlah, hidup ini sekadar tempat persinggahan untuk sesuatu yang abadi iaitu kehidupan di akhirat nanti.
Akhir kata, semoga kata-kata yang lahir dari hati ini menerbitkan kesedaran kepada yang mahu berfikir, ini sekadar luahan yang mana baik ambillah yang buruk hindarkanlah. Salam Ramadhan dari saya, semoga Ramdhan kali ini yang terindah buat kita semua.
p/s: Al-Fatihah buat arwah sahabatku Ahmad Syarafi B. Azman & Muhd Syukri B. Abd Rahim. Semoga kalian tenang di sana. Sahabat seperti kalian tiada gantinya.
Salam sayang~
Ikhlas: Ienasabrina

No comments:
Post a Comment